Saturday, November 12, 2016

BAHAYA DIABETES


Diabetes dirujuk sebagai kencing manis, yang menggambarkan sekumpulan penyakit metabolik di mana orang yang mempunyai glukosa darah tinggi (gula darah), sama ada kerana pengeluaran insulin tidak mencukupi, atau kerana sel-sel badan yang tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin, atau kedua-duanya. Pesakit dengan gula darah tinggi biasanya akan mengalami polyuria (kerap membuang air kecil), mereka akan menjadi lebih dahaga (polydipsia) dan lapar (polyphagia). Kebanyakan makanan yang kita makan akan bertukar menjadi glukosa, atau gula. Kemudian, glukosa tersebut akan digunakan oleh badan sebagai tenaga. Pankreas, adalah organ yang terletak berhampiran perut. Ia akan menghasilkan hormon yang dipanggil insulin untuk membantu glukosa masuk ke dalam sel-sel badan kita. Apabila anda mempunyai diabetes, badan anda sama ada tidak membuat insulin yang cukup atau tidak boleh menggunakan insulin sendiri seperti yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan gula terkumpul dalam darah. Diabetes boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius termasuklah penyakit jantung, buta, kegagalan buah pinggang, amputasi dan strok.

TERDAPAT DUA JENIS DIABETES IAITU:

a) Diabetes Jenis 1

Diabetes Jenis 1  adalah penghidap diabetes yang bergantung kepada insulin atau memerlukan insulin untuk merawat. Biasanya terdiri daripada kanak-kanak atau orang dewasa yang muda. Ia merupakan penyakit yang akan memusnahkan sel-sel pancreas menyebabkan tiada pengeluaran insulin. Pesakit dengan Diabetes Jenis 1 juga perlu mengambil suntikan insulin untuk sepanjang hidup mereka. Mereka juga perlu memastikan tahap darah-glukosa yang betul dengan menjalankan ujian darah yang tetap dan mengikuti diet yang telah di khaskan.

b) Diabetes Jenis 2

Diabetes Jenis 2 pula adalah bukan diabetes yang bergantung kepada insulin. Ia biasanya memberi kesan kepada mereka yang berumur 45 tahun dan ke atas, dan juga juga mempunyai berat badan yang berlebihan. Mereka yang mengalami Diabetes Jenis 2 ini, tidak dapat menghasilkan insulin dan gula yang cukup untuk diserap ke dalam aliran darah. Kajian menunjukkan, kira-kira 90% daripada semua kes-kes kencing manis di seluruh dunia adalah dari jenis ini. Pesakit Diabetes perlu mengukur tahap glukosa, untuk menentukan tahap glukosa dalam darah. Terdapat sesetengah individu, mampu mengawal Diabetes Jenis 2 dengan menurunkan  berat badan, mengikuti diet yang sihat, melakukan banyak latihan dan aktiviti kesihatan, dan memantau tahap glukosa darah mereka setiap waktu. Walau bagaimanapun, Diabetes Jenis 2, biasanya penyakit yang progresif . Dimana penyakit ini akan perlahan-lahan menjadi lebih teruk, kemudian pesakit mungkin akan berakhir dengan perlu mengambil insulin tambahan biasanya dalam bentuk tablet.

PEREMPUAN

Selain itu juga, individu yang berlebihan berat badan atau obes juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat Diabetes Jenis 2, berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal. Mereka yang mempunyai banyak lemak visceral seperti dibahagian tengah, lemak perut, atau obesiti abdomen adalah sangat berisiko. Berat badan yang berlebihan/obesiti menyebabkan tubuh melepaskan bahan kimia yang boleh menjejaskan kestabilan sistem kardiovaskular dan metabolik badan. Individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, tidak aktif secara fizikal dan memakan makanan yang tidak seimbang akan menyumbangkan kepada risiko mengaktifkan Diabetes Jenis 2. Disamping itu juga, pengambilan minuman bikarbonat atau bergas satu tin sehari, boleh meningkatkan risiko kita menghidap Diabetes Jenis ini.  Kajian ini telah dijalankan oleh sebanyak 22% penyelidik dari Imperial College London, dan telah melaporkan dalam jurnal Diabetología. Para saintis ini percaya bahawa kesan minuman ringan bergula akan menyebabkan risiko untuk mendapat diabetes bagi peminum tersebut adalah lebih tinggi dan bukan sekadar dipengaruhi oleh berat badan. Risiko mendapat Diabetes Jenis 2 juga lebih besar bukan sekadar faktor usia. Etrdapat juga kajian menunjukkan, keadaan dimana terdapat segelintir individu menjadi kurang aktif apabila semain meningkat usia dan cenderung untuk menambahkan berat badan. Kebanyakan penghidap penyakit ini dilaporkan adalah dari orang-orang Timur Tengah, Afrika, atau keturunan Asia Selatan.

LELAKI

Manakala, bagi kaum lelaki yang mempunyai tahap testosteron yang rendah juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat Diabetes Jenis 2. Beberapa penyelidik dari Universiti Edinburgh, Scotland telah menjalanakan kajian menunjukkan bahawa paras testosteron yang rendah boleh dikaitkan dengan rintangan insulin. Kadar hormone testosterone yang rendah pada lelaki boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis. Kajian telah mendapati bahawa paras testosteron yang rendah dikaitkan dengan rintangan terhadap insulin, hormon yang mengawal tahap gula dalam darah. Kajian ini adalah yang pertama untuk secara langsung menunjukkan bagaimana tahap testosteron yang rendah dalam tisu lemak boleh memainkan peranan penting bagi mengaktifkan penyakit Diabetes Jenis 2. Testosteron adalah hormone lelaki yang memainkan peranan penting dalam sistem reproduktif lelaki serta menggalakkan ciri-ciri seksual sekunder seperti otot meningkat, jisim tulang dan pertumbuhan bulu badan. Penghasilan testosteron yang rendah dikaitkan dengan kegemukan, yang merupakan faktor berisiko tinggi untuk Diabetes. Ia akan bertindak melalui sel-sel lemak dan memasuki molekul yang dikenali sebagai reseptor androgen. Ini menyebabkan testosterone mengaktifkan gen-gen yang dikaitkan dengan obesiti dan Diabetes.

Beberapa Kajian yang dijalankan oleh, Pertubuhan Diabetes Antarabangsa (IDF) membuktikan diabetes menjadi ancaman kesihatan yang utama pada masa kini.  Antara perubahan ketara yang biasa dilalui penghidap diabetes adalah sentiasa berasa dahaga, kerap membuang air kecil terutamanya pada waktu malam, selera makan meningkat, letih, hilang berat badan, luka yang lambat sembuh serta penglihatan menjadi kabur.

Untuk penerangan dengan lebih lanjut tentang rawatan laser RF, sila hubungi kami!!

Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484 / 013-2724808

Shah Alam : 019-396 3678 / 03-5523 3505

Bangi : 03-8928 9334/ 014-643 7996

Melaka : 06-288 4843 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-5315652

WHATSAPP : 012-6080159 (Ain) 019-6486726 (Aizat)

WEBSITE : www.marissaskin.my

FACEBOOK : Marissa Aesthetic HQ

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

No comments:

Post a Comment